Selasa, 13 Mac 2012


TERIMA KASIH…. Ahmad Lai Bujang menyampaikan seunit Komputer Riba 1Malaysia kepada Magdeline Simunjan sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus dan Jonathan Anthony Hajon pada petang tadi.

AHMAD LAI : JANGAN TERTARIK DENGAN 
PEMBERIAN DARIPADA PEMBANGKANG

MASYARAKAT  luar bandar dinasihati tidak tertarik dengan setiap pemberian yang agihkan oleh pihak pembangkang yang hanya muncul seketika terutamanya setiap kali menjelangnya pilihan raya.

Pemberian yang lebih besar lagi berterusan dengan menyalurkan pelbagai kemudahan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat adalah hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja pada masa ini, kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui Utusan Sarawak pada majlis perasmian Penyampaian Komputer Ribu 1Malaysia di Dewan Masyarakat Bekenu petang tadi.

Katanya, lihatlah pada hari ini melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekali lagi mengagihkan Komputer Riba 1Malaysia kepada rakyat kawasan Parlimen P.218 Sibuti untuk Fasa Kedua ini kali ini.

“Pengagihan komputer riba 1Malaysia untuk Fasa Kedua di Parlimen Sibuti ini telah diagihkan sebanyak 1,300 unit daripada SKMM dan hari ini seramai 250 rakyat melalui pelbagai persatuan, pertubuhan dan jawatankuasa keselamatan kemajuan kampung (JKKK)telah menerimanya.

“Sebihnya akan diagihkan kepada pelajar di empat sekolah menengah iaitu sejumlah 437 unit untuk SMK Bekenu, SMK Luar Bandar Miri, SMK Suai dan SMK Subis masing-masing diagihkan sebanyak 436 unit,” jelasnya.

Tambahnya, masyarakat yang menerima bantuan komputer riba 1Malaysia ini ditegas agar mereka tidak salah guna terhadap bantuan daripada kerajaan, sebaliknya gunakanlah untuk mencari peluang kemajuan diri dan sampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat luar dari kawasan masing-masing.

Sementara itu, para pelajar yang menerima bantuan ini juga dinasihati agar tidak menggunakan ia sebagai alat memburuk-burukkan kerajaan, gunakanlah untuk mencari ilmu pengetahuan dan cari peluang dalam memajukan diri melalui sesawang dengan kepelbagaian yang boleh diperolehi ketika melayar sesawang tidak sempadan dunia lagi, ujarnya.

Turut hadir pada masjlis ini ialah Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus, Penolong Pengarah SKMM Miri Jonathan Anthony Hajon, Kaunselor George Thien, Kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua masyarakat di Sibuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan