Rabu, 11 Ogos 2010


KEKALKAN KETUA MENTERI… Datuk Aidan Wing (tengah) bersama Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB N.62 Lambir bersuara kekalkan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak.


PBB LAMBIR MAHU KETUA MENTERI

KEKAL PEMIMPIN TERTINGGI SARAWAK


UTUSAN SIBUTI - Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir (ADUN-PBB) Datuk Aidan Wing bersama ahli anggota Program Gerak Gempur dan masyarakat setempat di kawasan Parlimen Sibuti sebulat suara supaya Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud terus kekal sebagai pemimpin tertinggi Sarawak.


Datuk Aidan ketika berucap Majlis Pernutupan Program Gerak Gempur anjuran Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) N.62 Lambir berkata, sepanjang tempoh puluhan tahun sudah dipimpin oleh Pehin Sri ternyata begitu pesat perubahan di Miri ini dan Sarawak amnya.


Katanya, seminggu yang lepas Barisan Nasional Sarawak telah mengadakan satu perkampungan di Taman Negara Mulu yang dihadiri oleh semua ADUN, Ahli Parlimen dan Setiausaha Politik Ketua Menteri dari empat parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) juga mempertahankan Pehin kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak.


“Gelombang Pembangunan Politik Ke-2 Sarawak, ia pula sedang menuju era kepesatan sosioekonomi melalui Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), maka ini satu perubahan besar yang memberi banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak negeri ini”.


BERTUAH… Datuk Aidan Wing (tengah) menyampaikan hadiah tiket bertuah kepada ahli Pemuda (PBB) N.62 Lambir.


“Justeru, ibu bapa dihasihatkan supaya tidak mengabaikan pendidikan anak-anak untuk mendapat pelajaran yang tertinggi bagi menjaminkan mengisi kerja kosong di SCORE yang memerlukan ramai pekerja mahir menjelang tahun 2030 kelak”, jelasnya.


Katanya, bagi menjayakan usaha gelombang ini dan pekerjaan anak-anak masa depan adalah masyarakat kita yang sudah terawal dalam 1 Sarawak terus berdiri teguh dan sokongan penuh kepada Barisan Nasional.


Apa yang penting ialah kita jangan termakan janji-janji manis pembangkang, habis manis kulit ditinggalkan, beginilah parti pembangkang ketika pilihan raya yang hampir tiba. Rakyat harus menjaga baik negeri kita jangan sampai terjatuh kepada tangan pembangkang dari semenanjung yang pandai cakap-cakap sahaja dan memburuk-burukkan rakyat kita seperti pilihan raya kecil Sibu lepas, jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan