Rabu, 11 Ogos 2010

TERIMA KASIH… Awang Tengah (tiga kanan) menerima saguhati daripada Ripin Lamat (tiga kiri) sebagai tanda penghargaan daripada masyarakat kawasan Tiris.

Awang Tengah :
Perwartakan lot tanah dan NCR



UTUSAN SIBUTI – Percepatkan permohonan mewartakan (Gazette) lot tanah dan NCR bagi ia benar-benar menjadi status tanah milik anda sendiri hingga turun menurun, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak.

Demikian kata Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena sembutan Makan Tahun Perdana anjuran Persatuan Kedayan Sibuti di Kampung Tiris semalam.

Katanya, mewartakan kawasan Tiris yang mempunyai enam kampung dan sebuah rumah panjang harus dipercepatkan dan teruskan usaha kerjasama daripada penduduk di sini sehingga berjaya memiliki status hak milik tanah.

Ketua-ketua kaum di kawasan ini perlu memainkan peranan penting bekerjsama satu sama lain supaya semua kehendak usaha akan menjadi mudah terutamanya dalam mendapat status hak milik tanah melalui mewartakan lot tanah dan NCR di sini, jelasnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politi Ketua Menteri Ripin Lamat dan Robert Laying, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

Katanya, kawasan Tiris yang besar dengan mempunyai enam kampung iaitu Kampung Kepayang, Masjid, Pintasan, Lubok Buinih, Sebalik, Tunah dan Rumah Panjang Enteri dengan penduduk di sini sejumlah 1592 orang juga diseru supaya terus memberi bekerjasama kepada kerajaan dan Barisan Nasional.

Buatlah surat permohonan mewartakan lot tanah dan NCR yang lengkap dengan senarai nama penduduk kampung masing-masing dan majukan kepada alamat Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak sedia membantu dan membela nasib rakyat, tambahnya.

“Apa yang penting sekarang adalah sangat diharapkan agar rakyat kawasan luar bandar terus memberi sokongan semua usaha kerajaan dalam memberi pelbagai manfaat untuk menikmati kemudahan asas yang mash diperlukan rakyat luar bandar”.

“Juga diuacapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia yang telah banyak memberi peruntukkan yang besar di kawasan Titis ini kerana kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih, jalan raya dan pendidkan anak turut diperhebatkan lagi”, tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan