Rabu, 11 Ogos 2010

KENANGAN…Datin Fatimah Abdullah (duduk tengah), Rosey Yunus (empat kiri) dan Ahmad Lai (empat kanan) merakamkan kenangan bersama peserta yang menyertai Program Jejari Bestari Kawasan Parlimen Sibuti.


31 MPWK Parlimen Sarawak
dapat RM651 ribu dari JPW


UTUSAN SIBUTI – Sebanyak 31 Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) kawasan Parlimen Sarawak mendapat peruntukkan sejumlah RM651 ribu daripada Jabatan Pembangunan Wanita, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.


Datin Fatima ketika berucap di Majlis Penutupan Program Jejari Bestari di Dewan Masjid Al Jabbar di sini berkata, peruntukkan itu adalah untuk Program Wanita (Kraf Kreatif) dan Program Keluarga (Hari keluarga dan Nur Sejahtera Remaja) sebagai membantu membanteraskan kemiskinan di kalangan rakyat di Sarawak.


Katanya, objektif program ini ialah mempertingkatkan akses kumpulan sasaran khasnya wanita di luar bandar untuk menyertai program-program pembangunan kapassiti, membekal peserta dengan pengetahuan dan kemahiran bidang jahitan (sulaman manik dan labuci.


Ia juga membantu peserta meningkatkan potensi untuk berdikari secara ekonomi setelah memperolehi kemahiran sama ada mendapat pekerjaan ataupun memulakan perniagaan sendiri.


Membuka minda peserta yang terdiri daripada kaum wanita ke arah peningkatan kekuatan dan keyakinan diri serta memberikan motivasi supaya mereka terdorong untuk memajukan diri masing-masing, jelasnya.

HASIL…Datin Fatimah Abdullah meninjau hasil tangan peserta yang menyertai Program Jejari Bestari P.218 Sibuti.

“Jabatan Pembangunan Wanita memberi 4 program untuk membantu wanita Sarawak untuk menjadi usahawan iaitu Jejari Bestari dengan peruntukan sejumalah RM217 ribu, Inkubator Ibu Tunggal/I-Kit (RM100 ribu) dan Inkubator Usahawan Wanita/I-Keunita (RM150 ribu)”.


“Pada tahun 2009, seramai 232 daripada 930 orang peserta program Jejari Bestari telah berjaya menjadi usahawan wanita dan ini adalah merupakan yang sangat diharapkan oleh kerajaan dalam mencari pelbagai cara untuk membangunkan masyarakat di luar bandar”, jelasnya.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus, Pengarah Biro Wanita Jabatan Ketua Menteri Norjanah Razali, SAO Niah Salbilah, Pengerusi MPWK P.218 Sibuti Kaunselor Zainani Salleh dan Kaunselor Annuar Ahmad serta ketua-ketua kaum setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan