Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT… Kelihatan penduduk rumah panjang dalam kegelapan yang masih berusaha memadamkan api-api kecil dibeberapa bahagian dalam rumah yang terbabit dengan kebakaran itu.

Kebakaran :
Penduduk berjaya
selamatkan rumah panjang


UTUSAN SIBUTI - Kecekapan penduduk Rumah Panjang Tinggang Mawar memadamkan api yang sedang marak telah berjaya menyelamatkan 29 daripada 30 pintu keluarga yang ada di rumah panjang itu daripada terus digilap api pada malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam tadi telah mengemparkan penduduk di beberapa rumah panjang yang berdekatan yang turut bergegas ke situ untuk memberi bantuan kerja pemadaman api.

Sumber ditempat kejadian ketika ditemui berkata, kejadian itu telah bermula dari pintu nombor 27 dari bahagian hujung kanan sebuah bilik yang tinggal tiga beranak yang hanya menggunakan lilin sebagai mendapat cahaya selepas bekalan elektrik mereka dipotong oleh pihak Secco.

Katanya, penduduk di sini amat bernasib baik kerana cepat mengetahui kejadian itu yang terus memberi bantuan kerjasama memadamkan api yang sedang marak menjilat tilam, siling dan kedua-dua belah dinding rumah mereka.

Kejadian ini adalah merupakan kali kedua, kejadian pertama kebakaran rumah panjang ini pada beberapa tahun yang lalu telah memusnahkan separuh rumah panjang di sini, jelasnya.

Kejadian yang berlaku di kilometer 5 dari pekan Batu Niah ini turut datang memberi bantuan ialah anggota sukarela bomba Batu Niah. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kebakaran kecil itu.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba dan polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan