Rabu, 11 Ogos 2010

Ratusan ditangkap setiap tahun kerana tidak berpuasa, kata Daud


UTUSAN SIBUTI - Ratusan umat Islam di negeri ini ditangkap oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana ponteng puasa pada setiap bulan Ramadan.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Daud Abdul Rahman memberitahu, pada setiap tahun JAIS melaporkan kes tangkapan dan denda terhadap umat Islam yang didapati makan, minum dan merokok di tempat awam pada bulan Ramadan.

Katanya, statistik sebenar jumlah tangkapan tidak ada pada saya sekarang, tetapi saya dapat memberitahu bahawa jumlah yang ditangkap setiap tahun adalah beratus orang.

Daud memberitahu, hukuman turut dikenakan kepada peniaga beragama Islam yang menjual dan membenarkan pelanggan mereka yang beragama Islam makan dan minum di restoran mereka.

Untuk kesalahan pertama, pesalah akan dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, umat Islam yang tidak dapat berpuasa kerana sakit ataupun sebab lain tidak akan menggunakan alasan berkenaan untuk makan dan minum di tempat awam.

Daud, seperti yang kita tahu, umat Islam tidak boleh makan dan minum dalam tempoh berpuasa. Tetapi ada juga antara kita yang tidak menghormati bulan puasa dengan makan, minum dan merokok di khalayak ramai dan ini adalah satu kesalahan.

Saya berharap pada tahun ini tidak akan ada tangkapan atau denda yang kita keluarkan kepada umat Islam kita kerana kesalahan ini, tambahnya.

Beliau menambah, umat Islam perlu memberi contoh teladan yang baik agar kesucian Ramadan terus dipelihara bersama oleh masyarakat Islam dan mendapat penghormatan kaum lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan