Sabtu, 27 Mac 2010


CETEK…Anak sungai di Ulu Sungai Sibuti yang cetek dan kotor dalam musim kemarau ini.


HUJAN LEBAT SUNGAI MASIH CETEK


UTUSAN SIBUTI – Hujan lebat di beberapa kawasan pedalaman di Parlimen Sibuti hari ini melegakan penduduk mengenai masalah kekurangan bekalan air terutamanya kepada mereka punyai ahli keluarga yang ramai.


Tinjauan Utusan Sibuti selepas hujan lebat selama setengah jam pagi ini di beberapa batang anak Sungai Sibuti mendapati banyak sungai masih belum pulih seperti sedia kala.


Sungai Bakas (anak Sungai Sibuti), Ulu Pidek, Pakut dan Mamut didapati semakin cetek, kotor dan tercemar oleh kayu-kayu hakikat pembukaan ladang sawit di beberapa bahagian sungai berkenaan.


Jika keadaan air sungai yang kotor seperti ini di rumah panjang dan perkampungan di pendalaman yang tidak mempunyai bantuan air bersih sudah pasti sangat membebankan masyarakat yang berbilang kaum sekitar kawasan di sini.


Penduduk di setiap pendalaman hanya bergantung kepada air hujan sebagai sumber air utama untuk minuman dan masakan. Tinjauan ini juga mendapati banyak tangi air bersih penduduk semakin berkurangan dan terdapat juga telah hampir bekalan air.


Dalam perjalanan tinjauan di Kampung Sinup, Mutap dan Bulan di mana ketiga-tiga kampung ini belum mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih telah memaksa mereka mandi dan mencuci pakaian di sungai yang airnya masin hampir dua bulan.


Di Batu Niah, Niah dan Suai juga menerima keadaan yang sama di mana anak-anak sungai di sini kini juga cetek dan bekalan air bersih dalam keadaan kekuningan.


Tinjauan turut menerima panggilan daripada penduduk di situ bahawa hujan lebat malam tadi dan pagi ini telah melegakan mereka yang khuatirkan masalah bekalan air akan timbul jika hujan tidak turun.


Apa yang penting selepas tinjauan ini adalah diharapkan agar penduduk rumah panjang dan kampung di pendalaman harus menjaga kebersihan sungai supaya tidak mendatangkan masalah teruk jika kemarau ini terus berpanjangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan