Sabtu, 27 Mac 2010

KERJASAMA…Ahmad Lai dan Rosey Yunus (tengah) ketika sesi dialog bersama ketua-ketua masyakat Parlimen Sibuti di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti tadi.

PEMBEKAL TAK NAFI AIR KEKUNINGAN

UTUSAN SIBUTI –
Pihak pembekalan air bersih tidak menafikan bahawa benar keadaan air bersih yang kekuningan hingga membawa kerisauan penduduk di kawasan luar bandar, kata Ahli Parlimen Sibuti di sesi dialog bersama ketua-ketua masyarakat di sini.

Ahmad Lai Bujang, keadaan bekelan air bersih kekuningan ini memang sukar diatasi, untuk mengatasinya perlu peruntukkan yang besar dan membawa masalah besar juga kepada rakyat jika ia dilakukan.

“Kikiskan peranan tamak amalkan peranan berjimat sebagai langkah utama penjimatan penggunaan air di musim kemarau yang agak berpanjangan yang tidak ketahui sampai bila”.

“Ambilah inisiatif masing-masing untuk mengatasi masalah kekurangan dan kehabisan bekalan air bersih, gunakan air bersih untuk minuman dan masakan, gunakan air sungai sebagai penganti air cuci pakaian dan mandian”, nasihatnya.

Katanya, masalah air kekuningan ini disebabkan apabila kandungan bekalan air bersih kurang hingga terhasilnya pelekat di dinding paip, dan apabila air stabil semula maka pelekat kuning berkenaan menjadikan air sampai ke rumah jadi air kekuningan.

Apa yang penting dalam menjaga kesihatan dan keselamatan penggunaannya ialah setiap pengguna harus masak air sebelum diminum, tambahnya.

Bagi mengatasi masalah lebih teruk berlaku, ketua-ketua kaum harus membuat persiapan rapi lebih awal dalam menyediakan senarai nama penghuni masing-masing bagi memudahkan penghantaran bekalan air bersih ke kawasan masing-masing dengan cepat mungkin.

Katanya, melalui perbincangan beliau bersama Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri Goh Yong Kiet baru-baru ini, diharapkan ketua-ketua kaum atau pengerusi JKKK kampung untuk membuat permohonan di Pajabat Daerah yang terdekat kawasan masyarakat.

Tujuannya ialah untuk tidak menjadi masalah penghantaran bekalan yang mungkin boleh berlaku kekurangan dan berlebihan hingga membawa kerugian dan pembajiran kepada kita semua, tambahnya.

“Bila sudah membuat permohonan bantuan air bersih, pihak Jabatan Kebajikan akan hubungi ketua-ketua masyarakat dan di sini penghuni perlu buat persediaan tempat menyimpan air berkenaan”.

“Juga sangat diharapkan penduduk jangan berebut-rebut kerana pembahagian air adalah sama rata. Kerjasama penduduk dengan pihak pembekalan air juga diharapkan supaya pelancaran kerja menjadi lancer kerana mereka perlu juga mengagihkan bekalan air ke kawasan lain”, jelasnya.

Hadir pada sesi dialog ini ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan, Pemanca Abu Bakar Pangis, para penghulu, kaunselor-kaunselor dan ketua-ketua kaum daripada Lambir, Bekenu, Batu Niah, Niah/Sepupuk dan Suai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan