Sabtu, 27 Mac 2010

SUMBANGAN…Ahmad Lai menyerahkan kerusi roda kepada kakak Sarita Timbang. Sarita menerima bantuan ini ekoran tidak dapat berjalan selepas terlibat dalam kejadian kemalangan jalan raya pada tahun 2009. Kelihatan di situ ialah Rosey Yunus (tengah) dan Goh Yong Kiet (dua kiri).


17,600 MOHON BANTUAN JKM


UTUSAN SIBUTI – Sarawak sudahpun mempunyai seramai 17,600 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan daripada Kerajaan Pusat dan borang mereka dalam tapisan di Kementerian Kebajikan Masyarakat di Kuala Lumpur.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang berucap pada Majlis Perasmian Pertama Program Gempur Kebajikan di Dewan Masyarakat Bekenu tadi, jumlah itu akan meningkat dan diharapkan mana-mana pihak agar tampil sendiri untuk yang benar-benar perlu bantuan.


Katanya, setakat ini JKMM telah membelanjakan sejumlah RM366,255 kepada 1637 orang pada bulan Mac 2010, dan jumlah ini nanti dijangkan akan bertambah setiap bulan dengan kewujudan Program Gempur Kebajikan.


Bantuan ini masih lagi beroperasi membantu rakyat yang memerlukan bantuan, ini kerana kerajaan sentiasa memandang berat terhadap mereka dalam kesusahan, tambahnya.

“Ini adalah Fasa I daripada JKMM menyampaikan bantuan kepada golongan sasaran yang lebih awal memohon bantuan daripada agensi berkenaan, mereka yang belum menerima bantuan ini jangan rasa terkilan”.


“Lihatlah kepada kami wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang berkerja untuk semua lapisan masyarakat yang tidak seorang pun yang akan tercicir melalui ilham Perdana Menteri dengan gagasan 1 Malaysia”.


Katanya, program E-Kasih yang dijalankan oleh JKMM bersama wakil rakyat kawasan kita bahawanya hari ini kita telah memberi bantuan sejumlah RM23,055 kepada 76 orang penerima.


Katanya, jangan sekali rakyat yang memerlukan bantuan dan masih belum menerima bantuan terus terasa tercicir lalu berpaling tadah dengan kerajaan terus sertai mana-mana parti pembangkang.


Turut hadir pada majlis ini ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, Penolong Pengarah JKMM Goh Yong Kiet, Pemanca Abu Bakar Panggis, pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan ketua-ketua kaum sekitar Parlimen Sibuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan