SAO : JUMPA PENDUDUK HALANG ELEKTRIK
UTUSAN SIBUTI – Pegawai Pejabat Daerah Kecil Sibuti dan Bakong akan terus berusaha untuk menemui enam penduduk yang
Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Sibuti, Ali Abdullah ketika mengadakan sesi dialog di Rumah Insin Terlajin (Ulu Sibuti) kelmarin berkata, enam penduduk yang masing-masing tiga orang dari Rumah Benang (Bakas) dan Gani (Temam) di kawasan Parlimen Baram harus ada satu perjumpaan.
“Saya akan berbincang dengan SAO Bakong terlebih dahulu sebelum kita berjumpa dengan enam penduduk berkenaan, ini kerana enam penduduk terlibat ini dalam kuasa jagaan Daerah Baram”;
“Kita berharap mereka yang terbabit akan memberi kerjsama kepada kita bagi melancarkan kerja penyelesaian demi kepentingan orang lain dan masa depan generasi baru”, jelasnya.
Katanya, dalam menghadapi mendapat pelbagai lagi pembangunan dan kemajuan di kawasan luar maka kita harus berkerjasama dalam rumpun gagasan 1
Erti kata kerjasama dan bantu-membantu ini ialah kita harus menyokong dan beri bantu kepada yang memerlukan bantuan, melalui kerjasama dan bantu-membantu ini suatu hari nanti di mana kita yang mahu mendapatkan bantuan maka tidak ada masalah pihak lain untuk memberi bantuan, tambahnya.
Pada masa yang sama, Tuai Rumah Benang turut memberitahu bahawa tidak masalah pun dengan penduduknya mengenai isu tebang tiang elektrik dan tuntutan pampasan, ia cuma cakap-cakap merajuk penduduknya sebelum bekalan sampaikan ke rumah panjangnya.
Sebaliknya, kami menyokong penduduk Rumah Panjang supaya bekalan elektrik Rumah Insin dapat disambungkan. Kami turut memberi terima kasih kepada kerajaan kerana telah melaksanakan projek bekalan elektrik dengan kos yang besar ke rumah panjang kami, tambahnya.
Tr. Benang, isu ini tidak masuk akal. Jika penduduk kami jadi penghalang sudah tentu bekalan arus elektrik ke Rumah Lagan tidak akan sampai di
Turut hadir sesi dialog ialah Tr. Benang, Tr. Insin, kakitangan Citra Alti, pegawai Ahli Parlimen Sibuti, Penghulu Sadi, Kaunselor Rapahal Engkamat dan penduduk rumah panjang berkenaan.
Selepas sesi dialog bersama penduduk rumah panjang, rombongan daripada Pegawai Tadbiran Sarawak Sibuti dibawa untuk tinjauan pokok-pokok sawit yang dikatakan sebagai penghalang bekalan arus elektrik ke Rumah Insin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan