Sabtu, 27 Mac 2010

KEMUDAHAN ASAS…Penduduk Kampung Pejuang Kelulit dapatkan air bersih melalui paip bomba buat sementara untuk hadapi kemurau dan air sungai yang masin.


PEJUANG KELULIT NIKMATI AIR BERSIH


UTUSAN SIBUTI - Penduduk Kampung Pejuang Kelulit nikmati bekalan air bersih buat julung kali dalam sejarah kampung mereka walaupun bekalan air ini belum sampai pada rumah ke rumah buat masa ini.


Penguhulu Junit Haji Mulok ketika ditemui berkata, penduduk kampung mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri dan pusat telah memperuntukkan kos yang besar di kawasan Parlimen Sibuti.


“Kawasan Parlimen Sibuti memang bensar dan banyak kmpung sudah memperolehi pelbagai kemudahan asas terutamanya bekalan air bersih, dan banyak juga kampung-kampung kawasan ini dalam proses penyambungan bekalan berkenaan”.


“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Muda Bekalan Air Sylvester Enteri dan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang serta ADUN Bekenu Rosey Yunus kerana membantu meluluskan pembukaan untuk mendapatkan air bersih melalui paip bomba pada musim kemarau ini”, tambahnya.


Katanya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini kami di sini telah mendapat pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, jalan raya bertar, bekalan air bersih dalam proses penyiapan dan banyak lagi yang dinikmati oleh rakyat di sini.


Selain kampung kami, sejak sudah adanya jalan raya Jalan Persisiran Jalan Pantai Miri Bintulu memang banyak kampung berbilang kaum sudah mendapat pelbagai kemudahan asas dan peruntukkan daripada kerajaan, jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan