MDS : PERANAN PENTING JAYAKAN 5S
UTUSAN SIBUTI – Kakitangan Majlis Daerah Subis (MDS) harus memainkan peranan bertanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagi menjayakan program 5S akan tercapai.
Setiausaha MDS, Said Enggang ketika berucap pada Majlis Pelancaran 5S di sini hari ini berkata, kakitangan MDS perlu berterusan memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas kerana ia salah satu di antara inisiatif kualiti yang diwajibkan oleh kerajaan negeri.
Katanya, kita masih diperingkat awal dalam mencapai kejayaan 5S iaitu diperingkat ‘Sisih’ dan kita masih mempunyai 4S lagi iaitu susun, sapu, seragam dan sentiasa amal dan dalam 3 bulan untuk mendapat pensijilan 5S yang sempurna”.
Oleh demikian, kita semua harus meneruskan berusaha ini dan sama-sama bertanggunjawab untuk ke tahaf yang tertinggi akan tercapai, demikian nasihatnya kepada kakitangannya.
Maksud 5S ini ialah sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Objektif Sisih ialah mengenal pasti barang yang tidak diperlukan, menghapuskan sikap suka menyimpan barangan yang tidak perlu di tempat kerja, menghasilkan tempat kerja yang lapang dan selesa dan selamat serta menjimatkan masa pencarian sesuatu barang.
Susun, menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah dilihat, mudah diambil dan disimpan semula ketempatnya oleh sesiapa sahaja. Sapu, mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada debu dan kotoran dilantai, mesin dan peralatan.
Seragam, memelihara tempat kerja yang produktif dan selesa sepanjang masa serta mengamalkan pengulangan dengan berkesan. Sentiasa amal, berdisiplin dan melatih pekerja memathui peraturan berbudaya kualiti di tempat kerja.
Selain itu, objektif ini juga untuk meningkatkan kerja berpasukan dan semangat setiakawan, menjadikan sistem kerja yang lebih efisien dan efektif, pelanggan yang berurusan dengan MDS juga akan mendapat kepuasan yang dengan kerja yang kita jalankan, tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan