Sabtu, 27 Mac 2010

BARISAN NASIONAL BOLEH…Awang Tengah Ali Hassan ketika berucap di Majlis Perasmian Jambatan Gantung di Kampung Bulau pagi tadi. (Gambar kecil kanan) Jambatan Gantung telah telah siap dibina sepenuhnya.


IDEOLOGI BN BEZA DENGAN PEMBANGKANG


UTUSAN SIBUTI – Ideologi Kerajaan Barisan Nasional (BN) jauh berbeza dibandingkan dengan peranan mainan Parti Pakatan Rakyat (RP) kata Menteri Perancangan Dan Pengurusan Sumber II, Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.


Datuk Amar Awang Tengah ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Jambatan Gantung Kampung Bulau di sini pagi tadi berkata, Kerajaan BN kita lebih mengutamakan kemajuan pembangunan yang memberi kesejateraan kepada setiap lapisan masyarakat di luar bandar dan pendalaman.


Katanya, hari ini rakyat di sini sudah pun memperolehi sebuah jambatan gantung yang bernilai RM150 ribu ia merupakan satu peranan penting BN menjaga keselamatan rakyat dan ia juga merupakan satu tanda mercu perubahan di kampung ini dan Parlimen sini.


“Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat juga banyak menyalurkan pelbagai peruntukkan untuk rakyat di sini, kita juga meluluskan peruntukkan bernilai RM5.4 juta bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kepada tiga kampung berdekatan iaitu Kampung Bulau, Mutap dan Sinop dalam Bidang Kebersihan Utama Negara (NKRA) 2010-2012”.


“Tiga buah kampung ini mempunyai 94 ketua keluarga (rumah), setiap rumah akan dibelanjakan penyambungan elektrik sejumlah RM57,390.61. Bekalan air bersih untuk ke tiga buah kampung ini juga akan diserapkan dalam NKRA dan perlaksanaannya juga di dalam tahun 2010-2012. Dan bukan bidang NKRA sahaja kita tumpukan terhadap tiga kampung ini, kita juga senaraikan mereka di dalam Program Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk menaiktaraf jalan kampung”, jelasnya.


Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sejumlah 200 juta (RMK10) kepada Sarawak dan akan disalurkan kepada senarai yang telah dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur, di mana kampung-kampung kawasan Parlimen sini turut menikmati peruntukkan dalam pembangunan kawasan luar bandar, tambahnya.


“Bagi pihak pembangkang pula hanya tahu bercakap kosong yang tenyata dilihat dan didengar melalui televisyen sekarang, di Pulau Pinang dulu bahawa DAP akan memberi bonos RM6,000 kepada rakyat yang bergji rendah dan sehingga tiada ditunaikan”.


“Manakala Keadilan di Selangor, setiap pelajar yang berjaya memasuki kolej akan diberi RM1,000 sebagai menyokong penggajian mereka di kolej dan sehingga masih belum diagihkan. Sekarang parti pembangkang (Keadilan) sudah mula retak dan ramai ahli parlimennya keluar dari parti itu”, tambahnya.


Turut hadir bersama majlis itu ialah Menteri Muda Kemudahan Awam dan Tanah Slyvester Enteri, ADUN Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat, Pegawai Daerah Miri Boneface Intang dan KK Amin Antin serta ketua-tua kaum kampung dan rumah panjang kawasan Parlimen Sibuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan