Sabtu, 27 Mac 2010

RAKAM TV1…Ahmad Lai Bujang ketika ditemuramah oleh wartawan RTM pada sidang rakaman Siaran Khabar Malaysia di Kuala Sibuti petang kelmarin.


PARA KAUSELOR DIPANGGIL BERTUGAS


UTUSAN SIBUTI – Para kaunselor dari kawasan DUN Bekenu dan Lambir akan dipanggil menghadiri satu mesyuarat penting dalam masa terdekat ini untuk diberi tugas menjaga kepentingan rakyat.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata demikian ketika ditemui pada lawatan pertemuan singkatnya bersama masyarakat luar bandar di Kampung Kuala Sibuti, Kelulit Pejuang , Pelapi, Kuala Niah petang kelmarin.


Katanya, mesyuarat penting berkenaan adalah sebagai satu kewajiban kepada mereka (kaunselor) yang telah dilantik menjadi ahli majlis adalah mereka perlu bersedia menerima tanggungjawab yang telah diamahkan oleh kerajaan kepada mereka.


Tidak ada seorang kauselor yang berkecuali menjalankan tugas kerana mereka sudah sanggup menandatangan kontrak sebagai seorang kaunselor dan berjanji kepada Pengerusi Majlis Daerah Subis (MDS) untuk membantu kerajaan dan wakil rakyat menjalankan tugas demi kepenting rakyat di masa depan, tambahnya.


“Mereka juga harus menjalankan tugas yang setimpal dengan gelaran sebagai seorang kaunselor, yang juga mempunyai tanggungjawab yang serupa dengan wakil rakyat yang juga diamanhkan bekerja untuk rakyat”.


“Jika rakyat perlukan bantuan yang kebetulan saya sebagai wakil rakyat Parlimen P.218 Sibuti yang tidak berada di sini kerana terdapat persidangan parlimen di Kuala Lumpur, maka rakyat boleh tampil mohon bantuan daripada kauselor kawasan masing-masing”, jelasnya.


Kerjasama yang rapat, hubungan yang baik di antara ketua-ketua kampung, rumah-rumah panjang, para kaunselor dan kakitangan kerajaan perlu diperkukuhkan, dengan ini sudah tentu sesuatu kerja akan menjadi mudah dilaksanakan, katanya.


Turut hadir bersama rombongan Ahli Parlimen Sibuti ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat, Kauselor Jamali Basri, Pegawai JASA, Pengerusi Persatuan Penyayang Orang Istimewa Faizal dan ketua-ketua kaum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan