Sabtu, 27 Mac 2010


TERIMA KASIH…Dato Sri Douglas menerima cenderahati daripada Ahmad Lai sambil disaksikan oleh Adian (kiri), Rosey (dua kanan) dan Lawrence Lai (kanan) pada majlis itu.



UTAMAKAN ALAM SEKITAR



UTUSAN SIBUTI - Keprihatinan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia yang menyalurkan RM250 ribu kepada penduduk Kampung Kuala Bakam akan menjaminkan keberhasilan nelayan dan produk pelancongan di kawasan Parlimen Sibuti.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Rakan Alam Sekitar (RAS) di Kampung Kuala Bakam kelmarin berkata, peruntukkan yang disalurkan itu sudah pasti memberi nafas baru kepada penduduk di sini.


“Peruntukkan itu adalah untuk penduduk di sini mendalamkan lagi Kuala Sungai Bakam, membersihkan keadaan sungai, alam sekitar dan aktiviti-aktiviti kesihatan di sini”.


“Oleh itu, saya sangat berharap dan menyeru setiap rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar ekoran daripada cuaca yang ekstrem berkaitan fenomena cuaca luar biasa, kawasan pesisran pantai yang semakin terancam”, jelasnya.

Katanya, Program RAS P.218 Sibuti ini ialah satu usaha memberi kesedaran alam sekitar disetiap masyarakat hingga ke akar umbi, rasa bertanggungjawab dikalangan mereka untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam penjagaan alam sekitar.


Jika terhadap berlakunya pencemaran yang boleh merosakkan pemandangan sangat diharapkan masyarakat umum sila buat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengatasi masalah ini, seruan beliau.


Amlan menjaga kebersihan akan menjadikan pelancong yang dating ke Bakam khasnya dan Sibuti amnya akan merasa selesa dan mampu menarikan rakan-rakan mereka tentang keindahan Sibuti sebagai pusat pelancongan yang bersih dan aman, katanya.


ADUN Lambir, Aidan Wing bersama masyarakat dalam jagaan turut berasa gembiran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas di atas peruntukkan RM250 ribu itu.


Turut hadir menyaksi majlis perasmian yang dilaksanakan oleh Dato Sri Douglas Uggah Embas ialah ADUN Lambir Aidan Wing, ADUN Bekenu Rosey Yunus, Pengarah JAS Haji Ismail Ithnin, Residen Miri Gani ugay dan Datuk Bandar Kr. Lawrence Lai dan ketua-ketua masyarakat kawasan Lambir dan Sibuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan