KERJASAMA WAKIL RAKYAT DAN RAKYAT DIPUJI
UTUSAN SIBUTI - Ahli Parlimen Sibuti, ADUN Bekenu dan ADUN Lambir yang menjalankan tugas dengan mendapat sokongan penuh daripada ketua-ketua masyarakat berbilang kaum merupakan satu aset penting dalam mencapai pembangunan rakyat.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato Mohammad Shafie Abdullah berkata demikian ketika mengadakan Program Tinjauan Mesra ke tiga kawasan yang berbilang kaum di Parlimen Sibuti pada baru-baru ini.
Katanya, kerjasama sedemikian sangat terpuji dan mampu membawa pembangunan kepada masyarakat di kawasan luar bandar untuk mencapai dan memperolehi kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya serta pelbagai lagi.
“Kekerapan wakil rakyat Parlimen mahu pun ADUN kawasan masing-masing yang sering melawat, berjumpa dan berbincang kepentingan masyarakat setempat akan memudahkan pihak kerajaan menjalankan tugas bagi pastikan rakyat luar bandar tidak tercicir”.
“Ketua masyarakat dan penduduk yang berbudi kepada kerajaan akan menerima balasan budi yang setimpal juga, kerana rakyat perlukan kerajaan untuk membangunkan dan kemajuan di kawasan mereka maka kerajaan juga mencari pelbagai cara bagi memenuhi rakyat di dalam Barisan Nasional”, jelasnya.
Tinjauan Mersa di Kampung Pelapi/Lumut perkampungan kaum Cina, beliau berkata bahawa masyarakat Cina di Sarawak, Sabah serta Semenanjung tidak tercicir daripada arus pembangunan kerana gagasan 1 Malaysia Perdama Menteri ialah semua lapisan masyarakat akan terjaga.
Katanya, rakyat Sarawak memang benar sudah mengamalkan gagasan seperti 1 Malaysia, di mana semua lapisan masyarakat di sini yang berbilang kaum, agama, kebudayaan, cipta rasa menjadikan perpaduan di sini nampak sehati dan sejiwa serta saling menghormati sesame sendiri.
Perpaduan seumpama ini sangat terpuji dikalangan rakyat di
Tinjaun Mesra di Rh Mentali Saeh (Niah) dan Kampung Kejapil (Bekenu), beliau sangat kagum dengan sambutan kehadirannya kerana masyarakat Iban dan Kedayan di sini menunjukkan semangat berterusan untuk menyokong Barisan Nasional kerana mereka ingin melihat generasi akan dating lebih maju kelak.
Katanya, semua permohonan kemudahan asas yang dimajukan daripada ketiga-tiga kawasan itu beliau akan bawa dan menjelaskannya kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan. Beliau turut mengucapakan tahniah kepada pendudk kawasan Saeh yang mempunyai sebanyak 13 rumah panjang telah diperuntukkan RM5.6 juta untuk bekalan elektirk.
Dato Mohammad Shafie juga turut menasihati masyarakt luar bandar supaya tidak tertipu helah parti pembangkang kerana mereka hanya datang ketika pilihan raya dan selepas itu tinggalkan rakyat tanpa mengingatkan janji-janji yang pernah diluahkan.
Turut hadir pada lawatan ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Ripin Lamat dan Peter Howell para kaunselor Majlis Daerah Subis, ketua-ketua kaum dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan